+60177100122

Mesra Terrace, 7, Jalan Dutamas Raya, 51200, Kuala Lumpur

Mountains Meet Lake
kunangpic4.png

TRUST KUNANG TRAVEL

Kunang Travel menyediakan perkhidmatan pelancongan yang terbaik di Malaysia. Kami beroperasi sejak 2017, mewujudkan pakej muslim luar negara mesra bajet tanpa mengenepikan keselesaan. Kami tidak hanya membuat perancangan, kami membantu anda membina pengalaman dan kenangan. Apa tunggu lagi, mari melancong bersama kami!

Kunang Travel

PAKEJ TAWARAN ISTIMEWA

Kunjungi Destinasi Menarik

JAPAN HOLIDAY

Krew berpengalaman akan membawa anda ke tempat menarik lagi bersejarah di sekitar Osaka, Kobe, Kyoto, Hokkaido, dan Tokyo. Alami musim bunga, musim luruh, atau musim sejuk yang menakjubkan.

Jelajahi Jepun dengan keselesaan besama Pakej Muslim kami. Nikmati hidangan-hidang terkenal Jepun seperti ketam gergasi Hokkaido, oyster, dan daging Kobe. Rasailah kemeriahan Cherry Blossom, Hanami, Universal Studio dan Disney World. Berjalan di atas salji selembut salju and melangkah ke ladang lavender dan bunga matahari seluas mata memandang. Tidak ketinggalan, tatapi keindahan gunung Fuji yang terkenal sambil bergaya dengan kimono dan yakuta!

NEW ZEALAND ROAD TRIP

Terokai keindahan dan pengembaraan New Zealand yang tidak dapat dilupakan. Jelajahi keajaiban gua ‘glowworms’.  Terokai kawasan geoterma dan kawasan pengembaran filem ‘Lord of the Ring’. Lihatlah bunga-bunga lupin hidup liar di sepanjangan perjalanan ketika musim bunga dan permandangan indah tasik-tasik air jernih kebiruan. Alami sesi petik buah kiwi dan sertai misi merentas glasier purba. Pada waktu malam, nikmatilah stargazing, satu pengalaman yang tiada tandingannya.

AUSSIE TOUR

Coming Soon!

pamukkale turkey.jpg

PERSIAN GETAWAY

Iran merangkumi salah satu tamadun yang tertua di dunia, di mana Kubah-Kubah Masjid berwarna kebiruan, Istana – Istana yang gah bergemerlapan, taman-taman bunga yang indah dan makam-makam Penyair lama tersedia mendedahkan misteri dan komplot tamadun purba. Namun, di sebalik tapak tamadun awal, bumi Iran jugak mempunyai kestimewaan lain yang kurang dikenali tetapi sangat indah diterokai. Mukabumi Iran, penuh dengan formasi geologic yang luar biasa dan alam semulajadi yang memukau mata menandang menati Anda. Krew kami akan membawa Anda selain dari tempat-tempat bersejarah seperti Masjid Naisrol Molk, Persepolis, Fin Garden dan Tehran Bazaar, Anda juga dapat melihat sendiri tasik air masin merah jambu, di Urmia atau Maharloo, Badab Soort, Teres Travertine terhasil dari formasi batu kapur dan air mineral, dan Perkampungan Kandovan di mana bukit-bukit di tebuk dijadikan tempat tinggal. Ketika musim sejuk, kami akan membawa Anda ke Ski Resort untuk ber-ski atau santai-santai bermain salji.  

INCREDIBLE INDIA

Trip ke India tidak lengkap jika tidak mengunjungi Taj Mahal, momumen terkenal dunia yang jugak dinobatkan sebagai salah satu dari 7 keajiban dunia. Lawatan ke Agra Fort pula akan membawa anda kembali ke zaman kegemilangan Maharaja Mughal Akbar dan Shah Jahan. Singgah ke daerah Rajasthan, Jaipur yang popular dengan tasik Picola, City Palace serta berpeluang menunggang Gajah di Amar Fort. Anda juga berpeluang menjamu selera nasi briyani berdekatan dengan Masjid Jamma. Lihatlah keunikan Kashmir, yang nyaman dan indah. Bandar Srinagar yang sibuk, menunggang kuda ke kawasan tanah tinggi Baisaran, Pahalgam dan bermain salji di Gulmarg serta Sonamarg. Tidak ketinggalan anda juga akan menaiki sampan Shikara mengelilingi tasik Dal yang tenang lagi jernih airnya. Melangkah ke Taman Badamwari, ketika musim bunga Almond, dan Tulip Garden yang terbesar di Asia!  Perjalanan anda tidak akan bosan melihat ladang-ladang mustard bagai lautan kuning dan ladang saffron seluas mata memandang! Nikmati juga keseronokan membeli belah sambil mencuci mata melihat kain-kain sari berkilauan, pelbagai warna umpama pelangi.

AMAZING TURKEY

Coming Soon!

WHO WE ARE AND WHAT WE DO

Di Kuang Travel, kami berusaha memberi perkhidmatan pelanggan yang terbaik. Ditubuhkan pada tahun 2017, Kunang Travel terdiri daripada sekumpulan Pemandu Pelancong profesional berpengalaman yang pakar dalam mencari pakej tawaran percutian terbaik dengan memfokus kepada percutian muslim yang mesra warga tua dan kanak-kanak. Pakej Muslim kami juga mesra bajet tetapi perihatin ke atas keselesaan pelanggan. Besama Kunang Travel, kami memastikan pengalaman percutian anda melebihi jangkaan.

HUBUNGI KAMI